Thursday, April 17, 2008

Kecergasan Fizikal

Pengenalan

Kecergasan merupakan satu keadaan individu yang berkebolehan menyaingi kehidupan yang seimbang serta lengkap secara keseluruhan yang melibatkan sosial, psikologi dan fisiologi. Dipengaruhi oleh aspek-aspek keturunan (baka), persekitaran (alam sekitar) dan gaya hidup (tingkahlaku)

Konsep Kecergasan Keseluruhan

Kecergasan yang merangkumi aspek-aspek kecerergasan fizikal, mental, emosi dan rohani. (syumul). Hidup dengan selsa, sempurna dan bertenaga. Hak Setiap Individu. Perlu ditingkatkan dari masa ke semasa bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat, cergas dan lebih bermakna.

Definisi Kecergasan Fizikal

Keupayaan untuk melakukan tugas tanpa lesu keterlaluan dan masih boleh bertindak balas terhadap keadaan yang cemas atau perkara yang tidak diduga.

Kepentingan Kecergasan Fizikal

1. Faktor Kesihatan

Mempunyai tahap kesihatan yang optimum dan berkeupayaan mencegah penyakit dan kecacatan

2. Faktor Kemahiran

Mempunyai kebolehan fizikal yang optimum dalam menangani kehidupan seharian dan dapat melakukan ikhtiar hidup.

bersambung......

2 comments:

puteri said...

apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan sosial,kecergasan fisiologi dan kecergasan psikologi?

singlet said...

apakah kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan sosial?
tolong jawab soalan saya..ade kerja kene wat nie...